JUMLAH PENGUNJUNG BLOG

Ahad, 11 September 2011

JAMUAN HARI RAYA AIDUL FITRI KAMPUNG BATU 37 DARAT

TARIKH          :  10 SEPTEMBER 2011
HARI               :  SABTU malam AHAD
MASA             :  9.00 MALAM
TEMPAT          :  BALAI MASYARAKAT, KG BT 37 DARAT

OBJEKTIF  :-
1.Menyatupadukan minda dan tenaga seluruh ahli masyarakat Kg Bt 37 Darat bagi memajukan kampung.
2.Menjalinkan persefahaman antara penduduk dan anak rantau tanpa mengira usia.
3.Membina semangat kerjasama melalui aktiviti yang dijalankan.
4.Mengeratkan hubungan tali silaturrahim dalam kalangan ahli masyarakat
   kampung ini sama ada yang tinggal di kampung atau yang merantau.

TEMA  :-
"UKHUWAH ITU INDAH"

ATUR CARA MAJLIS :-
8.45  -  Pendaftaran kehadiran
9.00  -  Bacaan Tahlil dan Doa untuk arwah-arwah ahli kariah
         -  Ucapan Ketua Kampung (Hj Ab Malik bin Alang)
         -  Ucapan Tetamu Kehormat
         -  Jamuan / Tayangan video program-program JKKK yang telah dijalankan
             2009 - 2011(setakat Jun)
         -  Pemberian Duit Raya
         -  Cabutan Bertuah
         -  Bersurai / Penangguhan Majlis

Saksikan sebahagian rakaman suasana dalam majlis tersebut.....

 Wakil rasmi Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat Dun Sabak, saudara Firdaus sedang menyampaikan "Duit Raya" kepada anak-anak kecil ahli kariah.
 Pengerusi Persatuan Anak Rantau Kg.Bt.37 Darat sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.
Penghulu Mukim Sabak sedang menyampaikan "hadiah cabutan bertuah" kepada mereka yang bertuah pada malam tersebut.

Saksikan juga suasana keriuhan di majlis tersebut dengan aksi-aksi santai penuh kemesraan...


Gambar berikut  di "upload" pd 13/09/2011
























Lihatlah sambungan suasana majlis tersebut seperti berikut..... Golongan muslimat juga turut hadir memeriahkan majlis.






































.....dan tidak ketinggalan juga kanak-kanak... berbaris menunggu giliran untuk mendapatkan "Duit Raya" sumbangan JKKK.