JUMLAH PENGUNJUNG BLOG

Ahad, 3 Oktober 2010

JAMUAN HARI RAYA KAMPUNG BATU 37 DARAT ANJURAN JKKK

Jamuan Hari Raya telah diadakan pada 02 Oktober 2010 bersamaan 24 Syawal 1431 iaitu hari Sabtu malam Ahad. Ia dianjurkan oleh JKKK Kg. Batu 37 Darat. Majlis bermula selepas Solat Isyak iaitu lebih kurang pukul 9.00 malam. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa kepada arwah ahli-ahli kariah yang telah meninggal dunia yang dipimpin oleh Al-Fadhl Ustaz Alham bin Yusak (Imam Masjid An-Naim Kg Batu 37 Darat). Seterusnya ucapan Ketua kampung iaitu Tn.Hj.Abd Malik bin Alang, diikuti pula ucapan Pengerusi Penaja Persatuan Anak Rantau Kampung Batu 37 Darat iaitu Prof.Madya Dr.Hamid bin Adnan dan akhirnya ucapan perasmian oleh Ustaz Solehin bin Mohyi (Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Sabak Bernam). Setelah bacaan doa, maka semua tetamu dan para hadirin muslimin dan muslimat menjamu selera iaitu nasi ayam dan pecal serta air tembikai. 

Ketua Kampung Batu 37 Darat, Ustaz Abd Malik sedang menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Ucapan penuh pengharapan oleh Pengerusi Penaja Persatuan Anak Rantau Kg. Batu 37 Darat, Prof. Madya Dr.Hamid bin Adnan.
 Perasmian majlis oleh Ustaz Solehin bin Mohyi, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Sabak.
Para tetamu dan penduduk kampung lelaki yang hadir pada malam jamuan hari raya.
Perasmi iaitu Ustaz Solehin bin Mohyi - Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sabak bersama tetamu jemputan dan penduduk kampung.
 Penduduk kampung perempuan yang hadir pada majlis jamuan hari raya malam itu.
Kanak-kanak juga turut hadir memeriahkan majlis jamuan hari raya yang diadakan.
Wajah-wajah kaum muslimat yang turut hadir pada jamuan hari raya kampung.

Menu utama jamuan hari raya iaitu nasi ayam "sehingga tergigit jari".
Menu kedua tajaan "AnakRantau" iaitu pecal "sedap rasa ala darat".
Wah...wah...wah...Pak Haji Hamdan! Tu dia air tembikai merah. Menu minuman malam jamuan hari raya. Sedapnya....
Aduh laparnya! Masa makan dah tiba. Apa lagi kita serbu la.... macam-macam ada. Ingat! makanlah dengan sopan dan jangan lupa baca doa.
Inilah bahagian yang ditunggu-tunggu. Iaitu buat "ABM"; tapi bukan "Alat Bantu Mengajar" melainkan "Aktiviti Bungkus Membungkus". 

Aksi-aksi jawatankuasa perintis Persatuan AnakRantau Kg.Batu 37 Darat dalam perjumpaan dan mesyuarat sulong mereka secara rasmi. Ringkas tapi padat. Semoga usaha murni mereka disambut oleh anak-anak rantau Kg.Batu 37 Darat yang lain dan mendapat keberkataan Allah. Pengerusi malam itu adalah Prof.Madya Dr.Hamid bin Adnan. Tahniah!  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan