JUMLAH PENGUNJUNG BLOG

Ahad, 3 Oktober 2010

SALAM UKHUWAH

Assalamualaikum w.b.t.,

Hajat untuk mewujudkan laman blog untuk kampung batu 37 darat memang telah lama tersimpan sejak 2008 lagi. Namun kesibukan dan belum ada keizinan Allah menyebabkan ia tertangguh. Akhirnya pada 03 Oktober 2010 bersamaan 24 Syawal 1431 baru dapat direalisasikan. Harapan agar blog ini dapat sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa dari semua aspek. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memuatkan berita-berita dan perkembangan yang berlaku di kampung khasnya dan apa juga perkara yang masih ada kaitan dengan kampung.
Komen membina diharapkan daripada pengunjung blog ini agar persembahan blog dapat ditingkatkan dan bantuan juga diperlukan terutama dari pakar-pakar ICT kampung untuk kebaikan bersama. Sekian dahulu catatan awal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan