JUMLAH PENGUNJUNG BLOG

Selasa, 9 November 2010

PEMBERITAHUAN : LAWATAN SAMBIL BELAJAR ANJURAN BIRO ICT JKKK KG BT 37 DARAT, SABAK BERNAM, SELANGOR.

Pendahuluan

Lawatan Sambil Belajar merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Biro ICT, JKKK Kg Bt 37 Darat, Sabak Bernam, Selangor untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman yang meluas kepada golongan pra remaja dan remaja kampung bagi melihat dunia luar yang ada berhampiran dengan mereka. Di samping itu, keseimbangan diri antara ketrampilan akademik dan aktiviti luar merupakan tunjang kepada kemantapan sahsiah mereka. Bak kata pepatah “Jauh Perjalanan Luas Pengalaman.”


OBJEKTIF

1.                 Memberi pengetahuan dan menambah pengalaman golongan sasaran.

2.                 Melahirkan generasi muda yang cergas dan berilmu pengetahuan.

3.                 Mengisi salah satu aktiviti anjuran Biro ICT.


CADANGAN TEMPAT LAWATAN

Sekitar Shah Alam antaranya :-

1.                 Kumpulan Karangkraf.

2.                 TV Selangor / Selangorkini

3.                 Masjid Negeri Shah Alam.

4.                 Karnival Selangor Ria 2010 / Kompleks PKNS


CADANGAN TARIKH LAWATAN

1.                 22 Disember 2010m / 15 Muharram 1431h  ( Rabu )

 Tawaran untuk menyertai program ini diberikan kepada remaja berumur 11 tahun ke atas.Sesiapa yang berminat sila berhubung dengan saudara Norazam (013 2411464) atau saudara Maarof (019 3433530) sebelum 20 November 2010. Percuma !!!!

1 ulasan: