JUMLAH PENGUNJUNG BLOG

Sabtu, 20 November 2010

SEKITAR PROGRAM KORBAN ANJURAN MASJID AN-NAIM 2010/1431

TARIKH            : 17 NOVEMBER 2010 / 10 ZULHIJJAH 1431
HARI                : RABU
MULA               : 10.00 PAGI
SELESAI           : 1.00 PETANG
BIL KORBAN      : 3 EKOR LEMBU

Saksikanlah beberapa adegan yang sempat dirakam..... oleh jurugambar kampung aje... hanya sekadar untuk dokumentasi sahaja. Atas inisiatif sendiri... bukan rasmi.

Korban lembu pertama milik ahli kumpulan usrah Kampung Batu 37 Darat telah selesai disembelih dan menunggu untuk dilapah : mudah-mudahan amal soleh mereka diterima Allah s.w.t., insyaallah.

Alamak.. "member" gua dah tumbang la...  Jap lagi sampei la giliran gua ni.. Ya Allah tabahkanlah hati hambaMu ini menghadapi saat-saat SAKARATULMAUT....




Giliran lembu korban kedua pulak.. sumbangan Kerajaan Negeri Selangor ...baru sampai malam selasa... baru sehari menghirup udara segar .. tapi pagi Rabu, dah kena korban.





Aksi-aksi dramatik menumbangkan lembu korban ketiga milik Encik Azman dan keluarga...mudah-mudahan amal soleh dan hajat mereka diterima Allah s.w.t.

 




Setelah berjuang menumbangkan tiga ekor lembu, kerja-kerja melapah, memotong tulang dan daging lembu serta mengagihkan untuk dibungkus telah dilakukan secara gotong-royong oleh AJK masjid dan penduduk kampung serta petugas-petugas yang telah diamanahkan. Semoga amal soleh semua yang terlibat dalam kerja-kerja "korban" tersebut diberikan ganjaran terbaik di sisi Allah s.w.t. 










 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan