JUMLAH PENGUNJUNG BLOG

Selasa, 14 Disember 2010

CERAMAH SEMPENA TAHUN BARU HIJRAH 1432H

Masjid An-Naim Kg. Batu 37 Darat telah mengadakan satu program ceramah sempena permulaan tahun baru hijrah 1432 dengan menjemput seorang penceramah iaitu Al-Fadhil al-ustaz Haji Ghazali bin Omar yang merupakan seorang penggerak dakwah yang aktif di Selangor khasnya dari Kuala Selangor.





Antara intipati penting yang dihuraikan dalam ceramah beliau seperti berikut :-
1.Ke manakah perginya segala amal perbuatan kita sepanjang tahun 1431 yang lalu?
2.Mengajak para jemaah / hadirin bermuhasabah diri dengan Surah Al-Asr iaitu berkenaan petunjuk Allah dalam surah tersebut siapakah orang yang tidak rugi atau dalam perkataan lain orang yang berjaya :-
     2.1-Orang yang beriman
     2.2-Orang yang beramal soleh
     2.3-Orang yang sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran (tegur-menegur) meliputi :-
            2.3.1-Ayah menegur anak
            2.3.2-Suami menegur isteri
            2.3.3-Saudara menegur saudaranya yang lain
            2.3.4-Pemimpin menegur rakyat
            2.3.5-Rakyat menegur pemimpin
    2.4-Orang yang berpesan dengan kesabaran, antaranya :-
            2.4.1-Berpesan supaya sabar dalam beribadah
            2.4.2-Berpesan supaya sabar dalam menghindari maksiat
            2.4.3-Berpesan supaya sabar dalam menghadapi kematian / musibah
3.Satu akronim bagi perkataan HIJRAH (berubah) juga telah disebutkan iaitu :-
   H -  HATI diubah jadi suka kepada kebaikan
   I  -  ILMU ditambah
   J  -  JIHAD dalam masa melakukan kebaikan
  R  -  TUKAR negetif kepada positif
  A  -  AMAL soleh
  H  -  HINDAR maksiat

Semoga yang hadir dan yang tidak dapat hadir dapat manfaatnya hasil semangat HIJRAH melalui surah AL-ASR yang telah dihuraikan oleh penceramah jemputan. Amin ya Rabbal 'alamin.waulahu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan